Tuesday, October 21, 2008

nAiK PeLaMiN....nAsI MiNyaK

27 Mei 2007 merupakan hari bersejarah saya. emm raja sehari lah katakan. sememang nye majlis yang dinantikan oleh setiap ahli keluar. Ini merupakan majlis besar untuk pertama kalinyer dalam keluarga saya...emak n abah happy sangat..nak menyambut menantu pertama lah katakan..majlis dibuat secara sederhana tapi meriah. Tema yang dipilih warna gold. boleh dikatakan semua nya dikaitkan dengan warna gold...makcik n sepupulah insan paling excited.
rakan sekerja pun ramai yang datang.tak kira melayu, cina jepun pun sudi datang. Rasa happy sangat. Majlis bermula pada malam sabtu 26 mei 2008 di mulakan dengan acara pertukaran baju-baju tradisi..em lebih kurang 6 pasang baju..majlis berinai tidak diadakan sebab pihak lelaki tak der pada malam tu..nak berinai sorang tak syok lah pulak..kemudia majlis diteruskan dengan upacara akad nikah pada keeokannya iaitu 27 mei 2008, acara dijalankan disurau sri gambut..ramaii saudara yang menyaksikan..keluarga dari pihak lelaki yang bertandang seramai 1 bas + 8 buah kereta..ramai kan...so tepat jam 10.30pagi saya telah diijabkabulkan..emm dah jadi isteri orang..dalam gembira sedih pasti ada..yerlah nak berpisah dengan keluarga dan membina kehidupan sendiri..kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara persandingan..saya bersanding tepat jam 1.00 tgh hari..dan seterusnyer lah...tepung tawr+makan beradab+potong kek+acara bergambar......




No comments: