Thursday, May 28, 2009

1 taHun

Pejam celik , pejam celik...syafiq dah berusia 1 tahun.. pada 24/mei yang lalu syafiq menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama..kami sambut juga...tapi majlis kecil2an jer...bukan apa..sekadar menghargai kehadirannya dalam kehidupan kami berdua..dengan kehadiran shafiq ianya membawa seribu satu erti...gelak tawa nangis suka dukanya membuat kan kami rasa tak pernah jemu bersamanya....sayang yang sukar digambar dan di mengertikan...
Majlis ulang tahunnya kami sambut dirumah emak & abah di bukit naga...tapi sayang sekali mak ngah & pak ngah syafiq tak der waktu tu...pergi ke Kedah ada majlis kenduri kahwin...
Kami belikan juga kek untuk syafiq...saja suka2...x besar pun size kek tu...jadilah yer syafiq...dari tak der langsung



Nie lah kek syafiq...tapi penuh sangat dengan decor kan...pakcu syafiq bagi candle
"HAPPPY BIRTDAY" tu yang sarat tu...

Ha...tunggu masa nak tiup lilin & potonng kek...pandai ker...takper first try
\
Wah tak sabarnya nak potong...


ini bersama hadiah pemberian nenek, atuk, paklang, maklang & pakcu syafiq..
tapi mama & papa belum beli lagi hadiah untuk syafiq....sabaryer..

Thursday, May 14, 2009

DaRi WaNiTa UnTuK WaNiTa(JUS CURORA)

Hai...khas untuk pembaca blog ini...sy nak memperkenalkan jus untuk wanita...


jus yang di kenali sebagai "JUS CURORA"~Kembali "Gedik & Montok"~




Jus Curora merupakan rumusan tradisional dari seorang MAK BIDAN KAMPUNG TERKENAL di negeri Cik Siti Wan Kembang Tugasnya membantu kelahiran beratus malah beribu bayi sepanjang hayatnya membuatkan beliau memang mahir selok belok penjagaan wanita terutama golongan ibu-ibu Kepakaran perbidanannya di warisi turun temurun. Beliau menyambung rumusan tradisi ini untuk membantu wanita2 mengembalikan zaman anak dara selepas memasuki alam rumah tangga Rumusan Jus Curora adalah rumusan MAK BIDAN KAMPUNG di proses mengikut piawaian GMP untuk menjamin kualiti, keberkesanan dan keselamatan pengguna

Normal Price ~ RM 49.90 RM 2.00 ~POS LAJU

Keistimewaan Jus Curora
~ Meningkatkan Kecergasan
~ Mengempiskan Perut
~ Ketetapan Kitaran Haid
~ Mengatasi Senggugut
~ Atasi Keputihan, Lendir & Gatal-gatal
~ Atasi Libido (kedinginan seksual)
~ Atasi Bau badan & Faraj
~ Meningkatkan Tahap Kesuburan
~ Menguatkan Otot-otot Peranakan
~ Menguatkan Sistem Peranakan
~ Merawat Luka Dalaman (Rahim & Faraj)
~ Melancarkan Perjalanan Darah
~ Mencantikkan Kulit & Wajah
~ Memejalkan Payudara & Punggung
~ Melegakan Sakit Pinggang & Belakang
~ Melawas Pembuangan Air Kecil & Besar
~ Mengatasi Masalah Buasir
~ Memperkuatkan Sistem Imunisasi
~ Mencegah Kanser Payudara & Rahim
~ Melambatkan Penuaan/Menopause
~ Atasi Masalah Selepas Menopause

Ianya juga elok di amalkan semasa dalam pantang

KESAN-KESAN SELEPAS PENGAMBILAN/SIMPTOM

1~Jika dedapati badan anda terlalu kering atau terlalu panas selepas pengambilan Jus Curora, anda disyorkan meminum air masak kosong secukupnya

2~Sesetengah wanita akan merasakan perubahan yg mendadak dari segi kecergasan selepas 2 hari pengambilan

3~Daya keinginan seksual akan meningkat secara mendadak pada permulaan pengambilan dan memberi kepuasan kepada suami lebih daripada sebelumnya

4~Semasa Haid, anda dapati darah kotor akan keluar dgn banyaknya kesan dari tindakan pembersihan oleh Jus Curora

5~Anda juga akan dapati cairan dari faraj akan keluar dgn banyak, ini menunjukkan pembersihan kotoran atau jangkitan kuman pada alat kelamin anda dikeluarkan

6~Badan akan berasa lebih panas, lebih kerap bersendawa, anda dapati sistem pernafasan anda lebih lancar

7~Anda akan mendapati berlaku perubahan warna pd air kencing menjadi lebih kekuningan dan lebih kerap membuang air kecil

8~Wajah anda akan menjadi kemerahan kesan daripada perjalan darah yg lebih lancar

9~Pada hari pertama, setengah wanita akan merasakan pening sedikit dan lenguh2 anggota badan dan akan berkurangan pada hari seterusnya. Ini adalah kesan daripada pemulihan urat-urat badan yang kendur dan proses memperlancarkan peredaran darah dalam badan 10~Sesetengah wanita akan merasakan otot2 diatas payudara menegang selepas beberapa hari pengambilan Jus Curora. Ini adalah kesan pengecupan dan pemejalan kembali payu dara anda

Ramuan
Manjakani
Kayu Cinta
Kacip Fatimah
Emas Cotek
Akar Serapat
Nenas Batu
Bunga Kembang setahun, bunga pakma
Jintan Hitam
Madu Asli
Kurma
20 rempah ratus dari sumber botani asli

Pada mereka yang berminat, sila hubungi no: 012-3273468

Tidak rugi mencuba...terutama bagi mereka yang sudah berumah tangga dan melahirkan anak..

anda akan rasa perbezaanya.

Tuesday, May 12, 2009

FiRsT tIme

Sempena hari buruh yang lalu...sy berjalan ke Terengganu...nak tahu inilah kali pertama sy menjejaki kaki di kuala terengganu...sy jarang berjalan kepantai timur nie...tapi kali ni emak dan abah mertua berkunjung kesana itu yang tumpang sekaki ikut sekali...kalau nak di ikutkan suami sy abah dier memang berasal dari terengganu...tujuan emak dan abah mertua kesana sebab nak menjemput kemajlis perkahwinan anak nya "abg cik" pada bulan 7 nie..
nak kata seronok sgt di kuala terengganu tu tak lah sgt...bukan tempat yg tak best tapi peristiwa sepanjang berada disana menyebabkan percutian yang agak hambar...
rasanya byk juga lah cabaran yang kami tempuh...start dari perjalanan hingga bermalam di batu rakit...rasanya macam sedang menjalani pengambaran filem block 404...dengar pun ngeri kan...masa dalam perjalanan lagi dah ada masalah...temperature kereta naik mendadak...3 .. 4 kali gak berenti...dengan panas terik nya...bertolak dari umah 10.30am sampai kuatan 3.30pm..
pastu teruskan perjalanan...berenti kat kemaman 6.30pm...pastu singgah semayang magrib...sambung balik perjalanan pkl 9.00pm..bayangkan badan dah dok belengas nie...dok terbayang best nya kalu dapat mandi...tak sabar nak rehatkan diri...kepala dok imagine yg indah2 bila sampai chalet...dok pusing2 cari batu rakit akirnya sampai gak tapi...perjalanan ke bidong view beach resort tu memang gotik...dengan gelapnya...dengan jalan yang berlekok2...sesampai kat chalet...masyaallah...sunyi sepi...ditambah ngan hutan kanan kiri..kami smpi chalet tepat jam 12.30am...elok sampai jer hujan lebat...dalam dok loading brg tu...suami sy masih di kereta sy dah dalam chalet dengan anak....tiba2 black out...gelap gelita sgt...rasa nak menjerit...nasib baik anak tak nangis...suami sy pantas dapat kan sy..sebab satu resort tak der electric...coz petir kuat sgt...phew...pahit sungguh...apa2 pun satu pengalaman..tapi chalet yang kami duduk tu memang teruk sgt..bygkan...toilet, cebok tkder baldi takder...dengan dinding penuh sarang anai2...pemanas air tak der...nak rebus air pun tak der...resort nie mamang perlu di perbaiki..harga memang murah..tapi service memang teruk...
tapi keesokan pagi nya kami terus ke kuala terengganu dan bermalam di rumah sepupu suami sy...baru lah rasa tenang dan selesa...satu pengalaman betul...
Tapi apa2 pun terengganu memang byk tempat yang boleh di lawati...pantai nya juga cukup indah...keropok lekor melata para peniaga menjualnya....paling best di pasar payang....macam2 ada...


ni sewaktu di pasar payang

pemandangan dari pasar payang

di laman budaya

akhirnya syafiq tertidur sebab keletihan...tidur atas beg plastik pun jadi...

pantai nan indah


sukanya dier..


nie di kemaman sewaktu menelek2 kepok..